Peta di atas menunjukkan gambar wilayah Daulah Othmaniah Turki di kemunncak kegemilangannya. Othmaniah Turki menguasai negara negara Eropah Timur sehingga menghampir benteng Vienna.
Ini Termasuk Bulgaria, Greece, Albania, Bosnia Herzegovina,Crotia, Serbia, Slovenia, Macedonia, Albania, Romania, Bulgaria, Laut Hitam sepenuhnya, LautAdriatik, Laut Mediterranean, Sebahagian Afrika Utara iaitu Mesir,Libya, Tunisia dan Algeria.
Begitu juga Mekah, Madinah, Basrah dan beberapa kawasan di Teluk Parsi. Pada abad ke 14, 15,16,17 dan 18 Turki Othmaniah menjadi kuasa dunia. Empayarnya mula tercabar dengan kenaikan kuasa kuasa Barat iaitu Inggferis, Perancis, Belanda, Sepanyol dan Portugis.
Pada 3 Mac 1926, kira 90 tahun yang lampau berakhirlah kekuasaan DAULAH OTHMANIAH TURKI. Kekuasaannya ditamatkan oleh pemerintahan sekular Turki pada ketika itu MUSTAPA KAMAL FASHA. Sultan Turki yang terakhir diminta meninggalkan bumi Turki untuk tinggal dalam buangan di Perancis.
Mustafa Kamal Ataturk Presiden Sekular Turki |
Sultan terakhir Abdul Majid 2
Mustafa Kamal Ataturk Presiden Sekular Turki
Punca kejatuhan apabila Turki kalah dalam Perang Dunia Pertama 1914-1918. Wilayah wilayah kekuasaannya dirampas dan diratah oleh Britain, Perancis, Itali, Sepanyol dan Rusia. Mengapa Turki kalah? Turki kalah akibat pengkhianatan raja-raja Arab. Mereka membantu Britain melawan Turki. Mereka sanggup bersekongkol dengan kekuasaan Kristian Barat yang diketuai Britain dan Zionis International yang mahukan Palestin untuk menjatuhkan Daulah Islam Turki. Mengapa ?
IBN SAUD DENGAN BANTUAN BRITAIN
BERJAYA MENGALAHKAN SHARIFF HUSSEIN
RAJA HEJAZ, BELIAU DIHALAU KELUAR
UNTUK BERPINDAH KE JORDAN,
WILAYAH KONTANG TANPA HASIL MINYAK PADA 1925
TEMPOH INI SAMA DENGAN PENGUSIRAN
KHALIFAH TURKI TERAKHIR
SULTAN ABDUL HAMID II DARI ISTANBUL.
Shariff Hussein Raja Mekah percaya kepada janji janji Britain untuk melantiknya menjadi khalifah Islam menggantikan Turki Othmaniah dengan syarat menghalau keluar Turki dari Jazirah Arab. Sebelumnya Britain menderita kekalahan teruk dalam peperangan melawan Turki dalam GALOPOLI WAR. Britain ubah strategi dengan menghasut umat Islam melawan dan menghalau Turki daripada bumi Islam kerana hendakkan kononnya pembebasan daripada penjajahan Turki. Akhirnya mereka berpecah belah menjadi negera negara kecil yang berantakan sesama sendiri seperti pada hari ini.
PENGKHIANATAN DUNIA ARAB KE ATAS TURKI SANGGUP MEROBOHKAN JALAN KERETAPI YANG TURKI BINA UNTUK MEMBAWA JEMAAH HAJI DARI TURKI KE MADINAH
SULTAN ABDUL HAMID (1848-1909) antara khalifah terakhir sebelum disingkirkan membuat banyak perbaikan untuk memulihkan daulah Islamiah Turki. Beliau membina jalan keretapi dengan menggunakan teknologi Jerman. Beliau berdoa pertolongan Allah, membantunya menghadapi cabaran yang sangat sukar:
My lord I know you are the Dear One (Al-Aziz)
… and no one but you is the Dear One
You are the One, and noting else
My God take my hand in these hard times
My God be my helper in this critical hour
Malangnya usahanya dikhianati oleh bangsa Arab yang sangat terpengaruh dengan assabiah dan kebangsaan Arab yang meluap luap yang ditiupkan oleh agen perisikan Inggeris yang menyeludup ke Riyadh, menyamar dengan pakaian dan budaya Arab.