Melayu dalam peta-peta lama

Kurun ke-19 merupakan alaf berlakunya pengembangan dengan disiplin ilmu geografi yang pesat, selain tertubuhnya beberapa buah persatuan ...

Memaparkan catatan dengan label Panas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Panas. Papar semua catatan

10 PERKARA WAJIB YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG 'ISIS' SECARA RINGKAS


1. Islamic State of Iraq and Syria (ISIS), Islamic State (IS), Islamic State of Iraq and Levant (ISIL) ataupun dalam bahasa Arabnya dipanggil DAESH iaitu Dawlah Islamiyah fi Al-Iraq wa Bilad As-Syam adalah tunjang yang sama, ianya adalah rentetan daripada gerakan Salafi Jihadi di Iraq yang asalnya terdiri daripada tiga (3) organisasi berbeza.


2. Kini, kesemua organisasi ini adalah sama dan tidak ada suatu perbezaan idealogi diantara nama-nama organisasi ini.

3. IS adalah pecahan daripada organisasi Al-Qaeda yang berpusat di Afghanistan.

4. Pada asalnya, mereka yang dikenali sebagai golongan Takfiri di Iraq bangkit dengan niat untuk menentang kependudukan tentera AS di sana pada tahun 2003.

5. Daripada gerakan menentang penjajahan AS, mereka terheret dengan bertempur membunuh golongan Syiah di Iraq yang mendapat puncak kekuasaan hasil pemberian AS.



6. Kumpulan ini membawa idealogi yang ekstrem sehingga mengkafirkan kumpulan-kumpulan yang tidak sehaluan dengan mereka. Orang awam, para pejuang Sunni, termasuk juga pemimpin dan anggota Parti Islam Iraq turut menjadi mangsa keganasan golongan IS di Iraq sejak dekad yang lalu.

7. Kumpulan ini yang menetapdi Syria bukan hanya menyerang tentera Bashar Al-Asad, malah turut melibatkan pejuang rakyat Syria lain yang berperang dengan Asad.

8. Ulama Sunni memberi amaran supaya umat Islam tidak tertipu dengan slogan-slogan dari mereka yang Takfiri (mengkafirkan orang lain).


9. Kumpulan ini berjaya menarik anak-anak muda Islam dari seluruh dunia yang dianggarkan sebanyak 12,000 dari 50 buah negara termasuk dari AS dan Malaysia juga sejak 2011. Sumber dari Marie Harf, Timbalan Jurucakap Jabatan negara AS.

10. Dianggarkan kumpulan IS mempunyai keanggotaan seramai 4,000 orang yang sedang bertempur di Iraq. Jumlah keahlian pula dianggarkan seramai 50,000 orang di Syria dan 30,000 di Iraq.

BAGAIMANA PANDANGAN POLITIK SAIDINA HASSAN R.A. LEBIH KEDEPAN BERBANDING AYAHNYA SAIDINA ALI K.W.J.

Saidina Hassan r.a adalah cucu Rasulullah s.a.w yang disebut dalam hadis Baginda sebagai ketua pemuda ahli syura, begitu juga kepada Saidina Hussein r.a.

Saidina Hassan r.a berbeza pandangan politik dengan ayah beliau, Saidina Ali k.w.j. Penulis buku Cucu Rasulullah yang hilang, Dr. Nur Abdi Gudle memberitahu kerugian yang amat besar kepada Saidina Ali k.w.j kerana tidak menerima pandangan politik anaknya.



Ini adalah pandangan-pandangan politik dari Saidina Hassan r.a yang menegur ayahnya:

1. "Bukankah sebelum Uthman r.a terbunuh, saya sudah minta ayah keluar dari Madinah supaya Uthman r.a tidak terbunuh dalam keadaan ayah berada di Madinah, lalu menjadi buah mulut orang."

Inilah pandangan yang utama supaya Syaitan jin dan syaitan manusia tidak dapat menimbulkan syak wasangka dalam hati rakyat. Juga mengelakkan sangkaan mana-mana pihak bahawa Saidina Ali k.w.j bersekongkol dengan para pemberontak pencetus fitnah dan pembunuhan Saidina Uthman r.a.

Mungkin juga ada tuduhan bahawa Saidina Ali k.w.j tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Saidina Uthman r.a dan memang inilah yang terjadi (tuduhan itu). Ramai dalam kalangan keluarga Bani Umaiyah berasa sangsi kepada Saidina Ali k.w.j.

Jika Saidina Ali k.w.j mendengar cadangan anaknya supaya meninggalkan Madinah, sudah tentu tidak akan timbul syak wasangka dan fitnah Ali k.w.j.


2. "Bukankah saya larang ayah berbaiah kepada orang ramai selepas pembunuhan Uthman sehingga penduduk setiap wilayah megutus baiah mereka."

Baiah Saidina Abu Bakar r.a disempurnakan atas persepakatan para sahabat utama dan dipersetujui majoriti sahabat lain. Kemudian, baiah Saidina Umar r.a dengan cara yang hampir sama.

Baiah Saidina Uthman r.a pula disempurnakan dengan ketetapan majlis syura yang dibentuk oleh Saidina Umar r.a.

Manakala baiah Saidina Ali k.w.j malang sekali kerana disempurnakan oleh para pemberontak mengikut perancangan mereka. Bahkan dengan ancaman seketika.

Saidina Ali k.w.j berada dalam kedudukan antara dua mudarat besar.
  1. Beliau menolak tuntutan para pemberontak, urusan umat menjadi kacau bilau. Ini tidak dapat diterima bulat-bulat oleh tokoh besar yang berjuang dan mengorbankan diri beliau demi umat dan agama ini.
  2. Beliau menerima tuntutan mereka dan baiah beliau disempurnakan dalam keadaan tangan mereka berlumuran darah Saidina Uthman r.a yang mati syahid dan dizalimi itu. Akibatnya beliau ditimpa keraguan dalam mendepani arus fitnah seperti yang berlaku selepas itu. Beliau merasai kepahitannya sehingga menjadi korban konspirasi mereka dan syahid di tangan zalim mereka.

3. "Ketika perempuan dan dua-dua laki ini keluar, saya minta ayah terus duduk di rumah sehingga mereka berdamai, tetapi ayah ingkar semuanya."

Begitulah kata Saidina Hassan r.a kepada bapa beliau dengan penuh dukacita. ini kerana, beliau tidak nampak sebarang hikmah dan maslahat pada tindakan Saidina Ali berangkat keluar sebaik sahaja Saidatina Aisyah, Az-Zubair, dan Talhah berangkat.

Tujuan tegahan beliau itu supaya tidak berlaku peperangan antara kaum Muslimin.

Demikianlah, Saidina Hassan r.a membantah tindakan ayah beliau keluar menjejaki Saidatina Aisyah dan tenteranya. Bantahan ini dipersetujui oleh orang ramai dalam kalangan orang-orang yang sezaman dengan beliau.

Ini antara 3 langkah bijak politik yang ditunjukkan oleh Saidina Hassan r.a. Perkongsian ini diambil dari buku Cucu Rasulullah Yang Hilang ditulis oleh Dr. Nur Abdi Guble. Untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang kisah Saidina Hassan r.a, anda boleh dapatkan buku ini sekarang.

Dr. Nur Abdi Guble adalah pensyarah di Fakulti Usuluddin, Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Beliau berasal dari Somalia. Berkelulusan Doktor Falsafah (Ph.D) dalam pemikiran Islam 'Siyasah Syar'iah' dari Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Beliau juga berkelulusan Sarjana dalam tafsir Al-Qur'an dan Hadith, Jabatan Tafsir dan Hadith, Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Antarabangsa Islamabad, Pakistan, juga kelulusan Sarjana Muda dalam Ilmu-Ilmu Syariah dan Sastera Arab, Darul Ulum Nadwatul Ulama', Lucknow, India.

Berminat untuk mendapatkan buku Cucu Rasulullah Yang Hilang? - Klik di sini

YANG DI-PERTUAN AGONG BERANGKAT KE MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA DI ISTANA NEGARA

Mesyuarat itu dipengerusikan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dan dihadiri semua Raja-Raja Melayu kecuali Pahang.



Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-242, yang berlangsung untuk hari kedua di Istana Negara di sini.

Mesyuarat itu yang bermula semalam, dipengerusikan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dan dihadiri semua Raja-Raja Melayu kecuali Pahang, dengan diiringi menteri besar masing-masing.

Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak turut hadir pada mesyuarat itu diiringi ketua menteri masing-masing.

Turut hadir Perdana Menteri DatukSeri Najib Tun Razak.

Sementara itu, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Khas akan diadakan esok bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Ketika ini, jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14 yang disandang Tuanku Abdul Halim berkuat kuasa 13 Dis 2011, akan tamat tempoh perkhidmatan pada 12 dis in.

Jika berdasarkan sistem penggiliran yang ditetapkan Majlis Raja-Raja, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berada pada giliran sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.


Namun terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja menerusi undi rahsia bagi menentukan pengganti seterusnya seperti baginda yang dilantik berkenan menjadi Yang di-Pertuan Agong dan tidak mengalami kelemahan atau ketidakupayaan mental.

Selain itu, baginda yang dilantik adalah merupakan Raja yang berada pada kedudukan teratas, mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima Raja lain, bukan Raja yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.

Mengikut kebiasaan sebelum proses pemilihan berlangsung, Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja terlebih dahulu akan menanyakan Raja yang seterusnya dalam senarai giliran mengenai kesediaannya untuk dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Sembilan Raja berkenaan kemudian akan membuat undi rahsia dan sekiranya Raja dalam senarai itu mendapat lima undian, baginda dengan rasminya dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong seterusnya.

Proses yang sama diulangi untuk memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang akan memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong semasa ketiadaan baginda di dalam negara atau kerana keuzuran.-BERNAMA

KERIS BEDIRI BUKAN DISEBABKAN JIN

PAMOR VS TAMAHAGE



Di dalam Baiduri Segala Permaisuri dalam bab "The King of All Swords" mukasurat 148 ada menceritakan panjang lebar tentang sejarah 'metallurgy' Melayu berdasarkan rekod-rekod Arab seperti dalam kitab al-Jahiz, al-Biruni dan al-Kindi.

Memang teknologi pamor keris lebih maju pembuatannya berbanding pedang-pedang samurai seperti katana, wakizashi atau tachi.
Bukan sahaja lebih maju dari segi kawalan 'impurities' dan aloi yang ditambah, malah lebih banyak dari segi variasi jenis logam yang dicampur.

Bukan itu sahaja, berat dan titik sesuatu senjata juga diambil kira dalam seni pengukuran yang kini semakin tidak diketahui oleh generasi Melayu pada hari ini.

Keris berdiri adalah manifestasi dari ilmu Fizik dan perkilangan logam yang dipelajari tukiang keris. Sebab itu, tukang-tukang senjata ini sebenarnya ialah saintis atau 'metallurgist' yang pakar dalam sains bahan.

Ilmu-ilmu perkilangan logam, Kimia, Sains Bahan dan Fizik Graviti inilah sebenarnya 'jin' yang mengawal titik graviti keris berdiri.

Mengapa seni dan teknik pembuatan senjata seperti keris ini begitu halus dan kompleks?

Dengan berat yang optimum dan mampu menyeimbangkan titik graviti walaupun tidak bersimetri, ia lambang kepada seni membunuh yang dahsyat dalam peperangan. Tidak hairanlah para pahlawan dan hulubalang Melayu bangga menyisipkan keris mereka di hadapan ikat sampin mereka, kerana mereka membawa satu artifak yang penuh falsafah sains Fizik, Kimia dan perkilangan logam.

adakah anda baru menyedari tentang ini?

Bayangkan, semua perkara di atas dirumus sejauh 500 Tahun Sebelum Masihi di Tamadun Sungai Batu.

Sumber rujukan : http;//www.ismaweb.net

'TERLALU AWAL CALONKAN PM BILA SOKONGAN PADA PEMBANGKANG MASIH TIDAK MENENTU'-RAFIZI


Rafizi Ramli percaya terlalu awal untuk menamakan calon bagi mengisi jawatan perdana menteri seandainya BN hilang kuasa di peringkat persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang, ketika sokongan politik terhadap parti pembangkang, masih tidak menentu.
Bagi meyakinkan pengundi Melayu yang tidak sehaluan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyokong pembangkang, Rafizi, yang juga naib presiden PKR, berkata perlu ada gencatan senjata di kalangan parti pembangkang untuk memastikan mereka kembali kepada peranan membela rakyat.
Memetik penemuannya mengenai pengundi muda Melayu, Rafizi menegaskan bahawa walaupun mereka menolak Umno, mereka juga tidak amat sangat menyokong mana-mana parti pembangkang tertentu.
Tambahan pula, katanya, tinjauannya juga mendedahkan tahap tertentu stigma yang dikaitkan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
"Ini boleh difahami, memandangkan parti itu baru dan kebanyakan orang tidak jelas mengenai pendiriannya dalam banyak isu," katanya kepada Malaysiakini.
Lebih-lebih lagi, tegas Rafizi, bagi mereka yang condong lebih kepada Umno atau yang kuat anti-BN, akan mendapati sukar untuk menerima BERSATU pada nilai luarannya.

Beliau mengulas kenyataan penasihat BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berkata presiden penaja parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi perdana menteri jika pembangkang bersetuju.
Untuk memenangi sokongan orang Melayu, Rafizi menegaskan sekali lagi bahawa ia tidak mencukupi untuk hanya menumpukan kepada isu 1MDB dari perspektif salah urus sahaja.
Menurutnya, walaupun mereka tahu masalah yang ditimbulkan oleh 1MDB, tetapi mereka juga mahu isu-isu harian dan masalah mereka ditangani dan diperjuangkan.
Beliau yakin bahawa pemimpin yang boleh melakukan semua itu (memastikan pertandingan satu lawatan satu, memperlihatkan keprihatinan yang ikhlas terhadap ​​masalah harian rakyat seperti kos sara hidup, isu-isu pengangkutan awam, perumahan, pendidikan, yuran tuisyen dan lain-lain) akan dihormati rakan ahli parlimen yang lain untuk menerajui pembentukan kerajaan baru, pasca PRU14.
Pada masa lalu, kata Rafizi, hanya bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah berjaya memperlihatkan sifat-sifat tersebut secara konsisten.
"Kecuali jika ada orang lain yang boleh melakukannya lebih baik daripada beliau, maka ia tidak mudah untuk meyakinkan rakyat, walaupun parti-parti pembangkang bersetuju untuk mencalonkan Muhyiddin sebagai calon PM," katanya.
Bagi Anwar menjadi perdana menteri, kata Rafizi, perkara yang sama telah berlaku di tempat lain di dunia di mana calon PM yang hilang kelayakannya, tidak dilantik terus selepas pilihan raya umum tetapi dilantik selepas kehilangan kelayakan itu dibatalkan.
"AKP (Turki) telah melalui pilihan raya 2002 dengan Raccip Tayyip Erdogan sebagai calon PM tetapi Abdullah Gul memegang jawatan PM dahulu bagi membolehkan proses untuk membatalkan kehilangan kelayakan itu, selepas itu Erdogan menyandang jawatan PM (sehingga hari ini).
"Rakyat Malaysia hanya perlu membiasakan diri mereka terhadap idea tersebut.
"Hanya kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini di negara ini, tidak bermakna ianya mustahil, terutama apabila ia telah berlaku di tempat lain," tambah ahli Parlimen Pandan itu.

[VIDEO] BUDAK SEKOLAH LAGAK SAMSENG, 'BULI' PENJUAL AISKRIM

        Kejadian berlaku petang Isnin, 26 September 2016. Ternampak sekumpulan remaja berpakaian lengkap uniform sekolah menengah melepak di kawasan perumahan Taman Kota Masai, Pasir Gudang. Kawasan perumahan yang memang tidak selamat untuk diduduki. Saya sendiri salah seorang mangsa kes curi minyak petrol kereta. Sampai kering tangki si pencuri kerjakan, memang kejam sungguh!
        Bila ditanya buat apa di sini? Jawapannya melepak. Ditegur sebab mereka buat bising pada waktu penduduk sedang berehat dan suara mereka mengganggu ketenteraman awam. Bila ditanya lagi tingkatan berapa? Mereka jawab Tingkatan 3. Mereka bagi alasan baru habis kelas tambahan yang bermula jam 2.30 petang. Hairan sungguh, macam ponteng kelas tambahan pun ya. Ditanya sekolah mana? Salah seorang daripada mereka tunjuk ke arah sekolah, SMK XXXX, tidak jauh dari lokasi mereka melepak.
        Ketika sedang melepak ada seorang penjual aiskrim bermotosikal yang dikenal pasti seperti warganegara Pakistan (berdasarkan pakaian dan raut wajah berjambang). Mereka tahan penjual itu dengan lagak samseng. Siap ada dua tiga orang main pulas handle motosikal dan salah seorang remaja berkenaan bertindak mematikan enjin. Tergerak hati untuk rakam video sebab merasakan akan berlaku sesuatu yang tidak diingini.


        Sah, dalam video itu kalau anda lihat ada seorang remaja berbaju merah lari selepas mengambil aiskrim tanpa membayarnya. Saya syak aiskrim Cornetto (berdasarkan perbualan antara pencuri dengan penjual). Part dia patah balik selepas dikejar sempat dirakam tetapi ketika awal dia melarikan diri terlambat pula untuk rakam.
Seorang lagi dalam video anda lihat ada yang menggalas beg sandang, dia bertindak mencuri satu plastik kon aiskrim tanpa disedari penjual. Kemudian dia bahagikan kon aiskrim kepada rakan-rakan samsengnya. Dan dia jugalah yang main-mainkan loceng milik penjual berkenaan.
Sambil lepak sambil merokok. Agak-agak si penjual tadi sudah pergi jauh, baru mereka tinggalkan tempat lepak tanpa kutip sampah aiskrim dan puntung rokok. Kesannya, saya juga yang akan menyapu setiap petang!
Saya minta maaf kerana rakaman dibuat terbalik. Jadi yang tengok guna laptop perlu sengetkan kepala. Maaf ya. SHARE kalau rasa perlu sahaja. Mana tahu kes-kes kecurian minyak petrol boleh selesai dengan tertangkapnya mereka. Tolong TAG pihak yang wajar diTAG. Terima kasih.
** Maklumat **
Tarikh Kecurian: 26 September 2016
Anggaran Masa: Jam 3.30 – 4.15 petang
Lokasi Kecurian: Jalan Pulasan 29, Taman Kota Masai
Mangsa: Penjual aiskrim (disyaki warganegara Pakistan)
Suspek: Sekumpulan murid Tingkatan 3 (berdasarkan perbualan)
Diharapkan ibubapa dan guru dapat sama-sama membendung gejala sosial ini dari terus berlaku. Jangan hanya memandang ringan perkara ini kerana bimbang kelak akan membawa kepada gejala sosial yang lain pula.
sumber: Amin Ali