Mesyuarat itu dipengerusikan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dan dihadiri semua Raja-Raja Melayu kecuali Pahang.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-242, yang berlangsung untuk hari kedua di Istana Negara di sini.
Mesyuarat itu yang bermula semalam, dipengerusikan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dan dihadiri semua Raja-Raja Melayu kecuali Pahang, dengan diiringi menteri besar masing-masing.
Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak turut hadir pada mesyuarat itu diiringi ketua menteri masing-masing.
Turut hadir Perdana Menteri DatukSeri Najib Tun Razak.
Sementara itu, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Khas akan diadakan esok bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-15.
Ketika ini, jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14 yang disandang Tuanku Abdul Halim berkuat kuasa 13 Dis 2011, akan tamat tempoh perkhidmatan pada 12 dis in.
Jika berdasarkan sistem penggiliran yang ditetapkan Majlis Raja-Raja, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berada pada giliran sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.
Namun terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja menerusi undi rahsia bagi menentukan pengganti seterusnya seperti baginda yang dilantik berkenan menjadi Yang di-Pertuan Agong dan tidak mengalami kelemahan atau ketidakupayaan mental.
Selain itu, baginda yang dilantik adalah merupakan Raja yang berada pada kedudukan teratas, mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima Raja lain, bukan Raja yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.
Mengikut kebiasaan sebelum proses pemilihan berlangsung, Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja terlebih dahulu akan menanyakan Raja yang seterusnya dalam senarai giliran mengenai kesediaannya untuk dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Sembilan Raja berkenaan kemudian akan membuat undi rahsia dan sekiranya Raja dalam senarai itu mendapat lima undian, baginda dengan rasminya dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong seterusnya.
Proses yang sama diulangi untuk memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang akan memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong semasa ketiadaan baginda di dalam negara atau kerana keuzuran.-BERNAMA