Berikut adalah 7 makanan terpedas di dunia:
7. Lobak dengan Lada Sichuan - China
Biasanya salad disajikan dengan rasa yang agak masam, berbeza dengan salad berasal dari China ini. Salad ini disajikan dengan lobak dicampur lada Sichuan yang masih baru dan hirisan cili merah. Sehingga membuat makanan ini memiliki rasa manis, pedas dan rangup.
6. Kimchi - Korea
Kimchi adalah acar kobis, yang diperam dengan bawang putih, bawang merah, cili dan halia. Makanan ini memiliki rasa yang pedas, panas dan menyengat. Rasa tersebut disebabkan Kimchi perlu melalui proses penapaian selama beberapa bulan. Kemudian Kimchi dikombinasikan dengan Bibimbap yang terdiri dari, sayuran tumis, daging, telur goreng dan cili yang tentunya sangat pedas.
5. Suicide Chicken Wings - Amerika Syarikat
Makanan ini merupakan makanan kesukaan orang Amerika. Kepak ayam goreng kering dan lembut, kemudian dicampur rempah panas dan pedas sudah cukup untuk membuat perut terasa terbakar. Rempah-rempah tersebut merupakan campuran sos Tabasco, iaitu campuran cili kering dan cili segar yang bijinya sudah dibuang.
4. Jerk Chicken - Carribean
Bahan makanan ini antara lain adalah rempah khas Asia dan Afrika, yang hangat dan beraroma sedap seperti cili, cengkih, kayu manis, daun bawang, pala, thyme dan bawang putih. Selain menarik dan lazat, makanan ini juga memiliki rasa yang pedas kerana bahan yang digunakan adalah paprika Scotch Bonnet, yang dikatakan mampu membuat orang bingung akibat pedas yang teramat.
3. Wat - Ethiopia
Ethiopia terkenal dengan makanan pedasnya iaitu Wat atau tumisan. Wat yang paling lazat dan pedas terbuat dari 1 kilo bawang merah dan bawang putih, beberapa auns halia dan barbere (campuran rempahkering dan cili kering). Tidak hairanlah kombinasi bahan seperti itu membuat makanan ini sangat pedas.
2. Vindaloo - India
Vindaloo merupakan makanan yang sangat pedas berasal dari India, bayangkan bahan-bahan makanan ini terbuat dari biji mustard, cili kering, ketumbar, halia dan lada. Selain itu, daging yang digunakan dalam hidangan ini harus direndam dalam cuka dan kemudian ditambahkan dengan campuran bahan tadi.
1. Sambal Ulek - Indonesia
Orang-orang di seluruh dunia percaya bahawa cili tempatan Indonesia 10 kali lebih pedas dari cili Thai Bird Eye Chilis berasal dari Thailand. Kerana begitu pedasnya, beberapa orang luar negara mengakui makan sambal ini membuatkan bibir mereka seperti hilang.