Melayu dalam peta-peta lama

Kurun ke-19 merupakan alaf berlakunya pengembangan dengan disiplin ilmu geografi yang pesat, selain tertubuhnya beberapa buah persatuan ...

Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan

Palestin-Israel umum gencatan senjata, elak peperangan tercetus


Sejak 30 Mac lalu, Israel dilaporkan telah membunuh 140 warga Palestin dan mencederakan 160,000 lebih individu yang menyertai tunjuk perasaan bagi mendesak pembebasan Palestin dari cengkaman rejim itu. - REUTERS/Fail


GAZA: Pemimpin Hamas dan Israel telah bersetuju untuk melancarkan gencatan senjata secara rasmi pada awal pagi Sabtu selepas lima individu terbunuh dalam pertempuran pada Jumaat, termasuk seorang askar Israel.

Jurucakap parti politik Palestin tersebut, Fawzi Barhoum berkata, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Mesir telah menjadi pihak perunding bagi memastikan gencatan senjata tersebut berlaku sebelum peperangan tercetus di bumi Gaza.

Menurutnya, pihak Palestin dan Israel telah bersetuju untuk kembali ke kawasan masing-masing. Ia merupakan gencatan kedua yang dicapai dalam masa seminggu selepas konflik ketegangan kedua-dua pihak semakin memuncak sehingga membawa risiko peperangan.


Pada Jumaat, seorang askar Israel ditembak mati oleh pihak Palestin di kawasan sempadan. Ia merupakan insiden pembunuhan askar pertama direkodkan di kawasan Gaza sejak perang di antara Palestin dan Israel tercetus pada 2014.

Berita lanjut di : Awani

SST Di Tetapkan 6 Peratus Untuk Perkhidmatan, 10 Peratus Untuk Jualan.

Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng

Peruntukan untuk perkhidmatan ditetapkan pada kadar enam peratus selepas pengenalan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST), manakala cukai jualan pada kadar 10 peratus, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata rang undang-undang SST dijangka diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat sekarang dan akan dilaksanakan pada September.

“SST akan diperkenalkan semula pada 1 Sept, dan menyumbang sasaran hasil sebanyak RM4 bilion,” katanya pada pelancaran Persidangan Percukaian Kebangsaan 2018 di sini hari ini.

Beliau berkata SST, serta peningkatan harga minyak mentah dan dividen tambahan daripada syarikat berkaitan kerajaan akan menyumbang RM14.4 bilion tambahan hasil kepada kerajaan bagi mengimbangi kehilangan RM21 bilion hasil daripada kadar sifar cukai barang dan perkhidmatan (GST) mulai Jun tahun ini.

“Untuk memenuhi kekurangan GST, kementerian itu mengenal pasti langkah penjimatan perbelanjaan sebanyak RM10 bilion,” katanya.

Beliau berkata langkah-langkah itu termasuk mengurangkan dan memansuhkan program bertindih dan progarm bukan segera, dan membatalkan atau menangguhkan projek-projek mega dengan perbelanjaan besar.

Beliau berkata antara hasilnya ialah RM15 bilion, atau 47 peratus pengurangan kos akhir projek transit rail 3 (LRT 3) dengan membatalkan atau menangguhkan kedua-dua lebihan kapasiti dan ciri-ciri fizikal.

Lim berkata cukai, selain membiayai pembangunan dan pentadbiran negara, juga berfungsi untuk membetulkan ketidaksamaan ekonomi yang wujud dalam masyarakat dengan mengagihkan semula pendapatan.

Kredit : Siakap Keli

'TERLALU AWAL CALONKAN PM BILA SOKONGAN PADA PEMBANGKANG MASIH TIDAK MENENTU'-RAFIZI


Rafizi Ramli percaya terlalu awal untuk menamakan calon bagi mengisi jawatan perdana menteri seandainya BN hilang kuasa di peringkat persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang, ketika sokongan politik terhadap parti pembangkang, masih tidak menentu.
Bagi meyakinkan pengundi Melayu yang tidak sehaluan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyokong pembangkang, Rafizi, yang juga naib presiden PKR, berkata perlu ada gencatan senjata di kalangan parti pembangkang untuk memastikan mereka kembali kepada peranan membela rakyat.
Memetik penemuannya mengenai pengundi muda Melayu, Rafizi menegaskan bahawa walaupun mereka menolak Umno, mereka juga tidak amat sangat menyokong mana-mana parti pembangkang tertentu.
Tambahan pula, katanya, tinjauannya juga mendedahkan tahap tertentu stigma yang dikaitkan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
"Ini boleh difahami, memandangkan parti itu baru dan kebanyakan orang tidak jelas mengenai pendiriannya dalam banyak isu," katanya kepada Malaysiakini.
Lebih-lebih lagi, tegas Rafizi, bagi mereka yang condong lebih kepada Umno atau yang kuat anti-BN, akan mendapati sukar untuk menerima BERSATU pada nilai luarannya.

Beliau mengulas kenyataan penasihat BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berkata presiden penaja parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi perdana menteri jika pembangkang bersetuju.
Untuk memenangi sokongan orang Melayu, Rafizi menegaskan sekali lagi bahawa ia tidak mencukupi untuk hanya menumpukan kepada isu 1MDB dari perspektif salah urus sahaja.
Menurutnya, walaupun mereka tahu masalah yang ditimbulkan oleh 1MDB, tetapi mereka juga mahu isu-isu harian dan masalah mereka ditangani dan diperjuangkan.
Beliau yakin bahawa pemimpin yang boleh melakukan semua itu (memastikan pertandingan satu lawatan satu, memperlihatkan keprihatinan yang ikhlas terhadap ​​masalah harian rakyat seperti kos sara hidup, isu-isu pengangkutan awam, perumahan, pendidikan, yuran tuisyen dan lain-lain) akan dihormati rakan ahli parlimen yang lain untuk menerajui pembentukan kerajaan baru, pasca PRU14.
Pada masa lalu, kata Rafizi, hanya bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah berjaya memperlihatkan sifat-sifat tersebut secara konsisten.
"Kecuali jika ada orang lain yang boleh melakukannya lebih baik daripada beliau, maka ia tidak mudah untuk meyakinkan rakyat, walaupun parti-parti pembangkang bersetuju untuk mencalonkan Muhyiddin sebagai calon PM," katanya.
Bagi Anwar menjadi perdana menteri, kata Rafizi, perkara yang sama telah berlaku di tempat lain di dunia di mana calon PM yang hilang kelayakannya, tidak dilantik terus selepas pilihan raya umum tetapi dilantik selepas kehilangan kelayakan itu dibatalkan.
"AKP (Turki) telah melalui pilihan raya 2002 dengan Raccip Tayyip Erdogan sebagai calon PM tetapi Abdullah Gul memegang jawatan PM dahulu bagi membolehkan proses untuk membatalkan kehilangan kelayakan itu, selepas itu Erdogan menyandang jawatan PM (sehingga hari ini).
"Rakyat Malaysia hanya perlu membiasakan diri mereka terhadap idea tersebut.
"Hanya kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini di negara ini, tidak bermakna ianya mustahil, terutama apabila ia telah berlaku di tempat lain," tambah ahli Parlimen Pandan itu.