Melayu dalam peta-peta lama

Kurun ke-19 merupakan alaf berlakunya pengembangan dengan disiplin ilmu geografi yang pesat, selain tertubuhnya beberapa buah persatuan ...

SST Di Tetapkan 6 Peratus Untuk Perkhidmatan, 10 Peratus Untuk Jualan.

Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng

Peruntukan untuk perkhidmatan ditetapkan pada kadar enam peratus selepas pengenalan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST), manakala cukai jualan pada kadar 10 peratus, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata rang undang-undang SST dijangka diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat sekarang dan akan dilaksanakan pada September.

“SST akan diperkenalkan semula pada 1 Sept, dan menyumbang sasaran hasil sebanyak RM4 bilion,” katanya pada pelancaran Persidangan Percukaian Kebangsaan 2018 di sini hari ini.

Beliau berkata SST, serta peningkatan harga minyak mentah dan dividen tambahan daripada syarikat berkaitan kerajaan akan menyumbang RM14.4 bilion tambahan hasil kepada kerajaan bagi mengimbangi kehilangan RM21 bilion hasil daripada kadar sifar cukai barang dan perkhidmatan (GST) mulai Jun tahun ini.

“Untuk memenuhi kekurangan GST, kementerian itu mengenal pasti langkah penjimatan perbelanjaan sebanyak RM10 bilion,” katanya.

Beliau berkata langkah-langkah itu termasuk mengurangkan dan memansuhkan program bertindih dan progarm bukan segera, dan membatalkan atau menangguhkan projek-projek mega dengan perbelanjaan besar.

Beliau berkata antara hasilnya ialah RM15 bilion, atau 47 peratus pengurangan kos akhir projek transit rail 3 (LRT 3) dengan membatalkan atau menangguhkan kedua-dua lebihan kapasiti dan ciri-ciri fizikal.

Lim berkata cukai, selain membiayai pembangunan dan pentadbiran negara, juga berfungsi untuk membetulkan ketidaksamaan ekonomi yang wujud dalam masyarakat dengan mengagihkan semula pendapatan.

Kredit : Siakap Keli