Melayu dalam peta-peta lama

Kurun ke-19 merupakan alaf berlakunya pengembangan dengan disiplin ilmu geografi yang pesat, selain tertubuhnya beberapa buah persatuan ...

Memaparkan catatan dengan label Kemanusiaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kemanusiaan. Papar semua catatan

Asrama SMA Maahad Al Islah Teluk Intan terbakar

Jeritan dua pelajar menyelamatkan sebahagian pelajar perempuan asrama Sekolah Menengah Agama (SMA) Maahad Al Islah Sungai Lampam di sini, yang terbakar petang semalam.
Bagaimanapun tiada kecederaan dalam kebakaran yang dikesan kira-kira 2.30 petang itu serta difahamkan ketika kejadian, sebahagian pelajar baharu sahaja pulang ke asrama berkenaan kerana sesi pembelajaran sudah berakhir.
Saksi kejadian Nurul Nadiah Ahmad Nazeli, 15 ketika ditemui berkata beliau telah terlihat asap kecil dari tengah blok atas asrama tiga tingkat sebelum memanggil rakannya Nur Fazira Yakaria, 15, yang ketika itu baharu selesai menunaikan solat Zohor di surau asrama itu.
“Masa itu saya baharu sahaja pulang dari menikmati juadah tengah hari di kantin sekolah dan menuju ke surau menunaikan solat Zohor.
Tanpa berlengah saya dan Fazira terus menjerit daripada bawah memanggil rakan-rakan yang sedang beristirehat di tingkat dua supaya turun kerana bahagian atas yang juga bilik belajar kami waktu malam sedang terbakar," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian semalam.
Menurutnya lagi, rakan-rakannya yang mendengar jeritannya itu segera turun menyelamatkan diri sambil memastikan tiada penghuni asrama di tingkat dua ketinggalan.
Sementara itu Pengarah Bomba dan Penyelamat (BBP) negeri Perak Datuk Yahaya Madis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.30 petang dan 30 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Kebakaran melibatkan bangunan asrama di tingkat atas. BBP Teluk Intan telah dibantu BBP Hutan Melintang dan BBP Tapah serta Bomba Sukarela Langkap.
Api dapat dikawal pada pukul 3.27 petang dan kebakaran padam sepenuhnya pada pukul 4 petang,” katanya.
Kata beliau, punca kejadian masih lagi dalam siasatan dan pihaknya dimaklumkan ruangan kebakaran merupakan kelas belajar malam bagi pelajar-pelajar perempuan asrama sekolah itu yang berjumlah 63 orang.
- Bernama

PENGHUNI FLAT & MINDA DUNIA KELAS KE 3


Kehidupan di rumah flat kadang kala memberi kita pelbagai pengajaran dan dugaan, hidup berjiran ada kala memberi kita erti persaudaraan juga mengajar kita bertolak ansur sesama kita,

Hidup berbilang kaum di rumah flat adakala memberi keceriaan lebih lagi bila tiba perayaan atau sesuatu majlis yang dianjurkan oleh pihak jkk blok.

Namun dalam keceriaan hidup di rumah flat, ada juga pelbagai masalah yang sering timbul. Kejiranan datang dari pelbagai latar belakang tidak semua jiran mempunyai minda yang kedepan dan terdidik, ada juga yang mempunyai minda dunia kelas ke 3.


Berikut adalah antara minda dunia kelas ke 3:

1. Buang air kecil di tangga.

Masalah buang air kecil di tangga sering terjadi apabila hidup di rumah flat, seperti menjadi kebiasaan kepada mereka yang mindanya seperti minda dunia kelas ke 3.


Tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa, seperti menjadi kebiasaan kepada mereka apabila membuang air kecil di tangga. Terdapat juga mereka yang apabila mabuk dan membuang air kecil di tangga.




2. Membuang sampah di tangga.

Masalah membuang sampah di tangga juga menjadi perkara biasa di lihat bagi penghuni rumah flat. Malas, itu adalah perkataan yang paling sesuai untuk mereka yang membuang sampah di tangga.

Mereka meletakkan tanggungjawab membuang sampah ini kepada pekerja pembersih 100%. Amatlah mundur minda seperti ini.


Sekecil sampah sehinggalah sampah yang besar, seringkali terlihat di tangga. Tong sampah yang disediakan tidaklah sejauh 1 kilometer untuk mereka membuangnya, tetapi sikap malas telah sebati dalam diri mereka.

Mungkin juga mereka malu di lihat oleh kenalan apabila mereka membawa sampah untuk di buang. Sikap ini bukan sahaja ada pada kanak-kanak tetapi juga ada pada mereka yang dewasa.




3. Masalah haiwan perliharaan.

Haiwan perliharaan juga menjadi masalah kepada kejiranan rumah flat. Mereka memelihara haiwan kesayangan mereka dari kecil tetapi apabila besar, mereka melepaskan haiwan perliharaan tanpa penjagaan rapi.

Lalu haiwan perliharaan mereka mula mengganggu kejiranan, terdapat juga jiran yang alah kepada bulu haiwan yang tidak suka dengan kehadiran haiwan ini.

Apabila tiada penjagaan rapi dari tuan empunya haiwan tersebut, haiwan-haiwan ini mula membuang air kecil serta besar di merta tempat.


Tahi haiwan-haiwan ini juga boleh didapati di tangga-tangga rumah flat akibat dari tiadanya perhatian serta penjagaan rapi dari tuan mereka.

Bau busuk sudah pasti akan menyelubungi setiap sudut dan mengganggu keselesaan penghuni rumah flat untuk menuruni tangga.


Kita tidak boleh meletakkan kesalahan 100% kepada haiwan tersebut kerana kita tahu haiwan mempunyai otak tetapi tidak mempunyai akal fikiran seperti kita manusia.

Kesalahan ini perlu diletakkan kepada tuan empunya haiwan perliharaan tersebut kerana membela lalu membiarkan serta tidak menghiraukan haiwan perliharaan mereka apabila haiwan tersebut sudah besar.


Demikian adalah beberapa masalah yang di hadapi oleh mereka yang tinggal di rumah flat.

Diharap tiada di antara pembaca mempunyai sikap dunia kelas ke 3 seperti di atas. Didik dan asuhlah keluarga kita agar mengamalkan sikap bertanggungjawab serta menjaga kebersihan.

Palestin-Israel umum gencatan senjata, elak peperangan tercetus


Sejak 30 Mac lalu, Israel dilaporkan telah membunuh 140 warga Palestin dan mencederakan 160,000 lebih individu yang menyertai tunjuk perasaan bagi mendesak pembebasan Palestin dari cengkaman rejim itu. - REUTERS/Fail


GAZA: Pemimpin Hamas dan Israel telah bersetuju untuk melancarkan gencatan senjata secara rasmi pada awal pagi Sabtu selepas lima individu terbunuh dalam pertempuran pada Jumaat, termasuk seorang askar Israel.

Jurucakap parti politik Palestin tersebut, Fawzi Barhoum berkata, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Mesir telah menjadi pihak perunding bagi memastikan gencatan senjata tersebut berlaku sebelum peperangan tercetus di bumi Gaza.

Menurutnya, pihak Palestin dan Israel telah bersetuju untuk kembali ke kawasan masing-masing. Ia merupakan gencatan kedua yang dicapai dalam masa seminggu selepas konflik ketegangan kedua-dua pihak semakin memuncak sehingga membawa risiko peperangan.


Pada Jumaat, seorang askar Israel ditembak mati oleh pihak Palestin di kawasan sempadan. Ia merupakan insiden pembunuhan askar pertama direkodkan di kawasan Gaza sejak perang di antara Palestin dan Israel tercetus pada 2014.

Berita lanjut di : Awani

BANTUAN MUSIM SEJUK UNTUK RAKYAT PALESTIN DI GAZA DAN PELARIAN SYRIA

Al-I'tisam Relief Program

Bantuan selimut yang disampaikan tahun lepas
(Gambar) bantuan selimut yang disampaikan tahun lepas. Sumbangan sebanyak 3 peringkat. Mula diedarkan seawal bulan Disember 2015 dan berakhir Januari 2016.

Pada tahun ini, selain rakyat miskin dan homeless Gaza, bantuan musim sejuk juga akan masuk ke kem-kem pelarian Syria bagi menyampaikan bantuan, inshaAllah.

Hulurkan Bantuan?
RM80 - Bantuan Musim Sejuk

Link sumbangan secara online :
(E-mail: info@arp.org.my)

Link sumbangan melalui akaun PayPal :
(E-mail: alitisamreliefprogram@gmail.com)

Bank in di kaunter bank atau melalui mesin ATM :
Maybank : 5624 781 41 589
Bank Islam : 1203 8010 114 731
CIMB : 8600 633 583

Nama Akaun :
Al-I'tisam Relief Program Association
(Pertubuhan Program Ceria Al-I'tisam)

Layari www.arp.org.my untuk maklumat lanjut.
Whatsapp: +6 016-205 1880
cc: Stand Up For Gaza