Melayu dalam peta-peta lama

Kurun ke-19 merupakan alaf berlakunya pengembangan dengan disiplin ilmu geografi yang pesat, selain tertubuhnya beberapa buah persatuan ...

PENGHUNI FLAT & MINDA DUNIA KELAS KE 3


Kehidupan di rumah flat kadang kala memberi kita pelbagai pengajaran dan dugaan, hidup berjiran ada kala memberi kita erti persaudaraan juga mengajar kita bertolak ansur sesama kita,

Hidup berbilang kaum di rumah flat adakala memberi keceriaan lebih lagi bila tiba perayaan atau sesuatu majlis yang dianjurkan oleh pihak jkk blok.

Namun dalam keceriaan hidup di rumah flat, ada juga pelbagai masalah yang sering timbul. Kejiranan datang dari pelbagai latar belakang tidak semua jiran mempunyai minda yang kedepan dan terdidik, ada juga yang mempunyai minda dunia kelas ke 3.


Berikut adalah antara minda dunia kelas ke 3:

1. Buang air kecil di tangga.

Masalah buang air kecil di tangga sering terjadi apabila hidup di rumah flat, seperti menjadi kebiasaan kepada mereka yang mindanya seperti minda dunia kelas ke 3.


Tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa, seperti menjadi kebiasaan kepada mereka apabila membuang air kecil di tangga. Terdapat juga mereka yang apabila mabuk dan membuang air kecil di tangga.




2. Membuang sampah di tangga.

Masalah membuang sampah di tangga juga menjadi perkara biasa di lihat bagi penghuni rumah flat. Malas, itu adalah perkataan yang paling sesuai untuk mereka yang membuang sampah di tangga.

Mereka meletakkan tanggungjawab membuang sampah ini kepada pekerja pembersih 100%. Amatlah mundur minda seperti ini.


Sekecil sampah sehinggalah sampah yang besar, seringkali terlihat di tangga. Tong sampah yang disediakan tidaklah sejauh 1 kilometer untuk mereka membuangnya, tetapi sikap malas telah sebati dalam diri mereka.

Mungkin juga mereka malu di lihat oleh kenalan apabila mereka membawa sampah untuk di buang. Sikap ini bukan sahaja ada pada kanak-kanak tetapi juga ada pada mereka yang dewasa.




3. Masalah haiwan perliharaan.

Haiwan perliharaan juga menjadi masalah kepada kejiranan rumah flat. Mereka memelihara haiwan kesayangan mereka dari kecil tetapi apabila besar, mereka melepaskan haiwan perliharaan tanpa penjagaan rapi.

Lalu haiwan perliharaan mereka mula mengganggu kejiranan, terdapat juga jiran yang alah kepada bulu haiwan yang tidak suka dengan kehadiran haiwan ini.

Apabila tiada penjagaan rapi dari tuan empunya haiwan tersebut, haiwan-haiwan ini mula membuang air kecil serta besar di merta tempat.


Tahi haiwan-haiwan ini juga boleh didapati di tangga-tangga rumah flat akibat dari tiadanya perhatian serta penjagaan rapi dari tuan mereka.

Bau busuk sudah pasti akan menyelubungi setiap sudut dan mengganggu keselesaan penghuni rumah flat untuk menuruni tangga.


Kita tidak boleh meletakkan kesalahan 100% kepada haiwan tersebut kerana kita tahu haiwan mempunyai otak tetapi tidak mempunyai akal fikiran seperti kita manusia.

Kesalahan ini perlu diletakkan kepada tuan empunya haiwan perliharaan tersebut kerana membela lalu membiarkan serta tidak menghiraukan haiwan perliharaan mereka apabila haiwan tersebut sudah besar.


Demikian adalah beberapa masalah yang di hadapi oleh mereka yang tinggal di rumah flat.

Diharap tiada di antara pembaca mempunyai sikap dunia kelas ke 3 seperti di atas. Didik dan asuhlah keluarga kita agar mengamalkan sikap bertanggungjawab serta menjaga kebersihan.