Melayu dalam peta-peta lama

Kurun ke-19 merupakan alaf berlakunya pengembangan dengan disiplin ilmu geografi yang pesat, selain tertubuhnya beberapa buah persatuan ...

Melayu dalam peta-peta lama


Kurun ke-19 merupakan alaf berlakunya pengembangan dengan disiplin ilmu geografi yang pesat, selain tertubuhnya beberapa buah persatuan geografi serta ilmu itu diajar sebagai subjek di universiti.
Seawal yang diketahui, nama Malaysia mula diperkenalkan oleh seorang pelayar berbangsa Perancis iaitu Jules Dumont d'Urville (1790-1842) yang berlayar ke kepulauan Pasifik pada 1826.
Itupun selepas saya bersembang dengan Prof Murad Merican seusai sesi perbincangan kami di tengah kota raya Kuala Lumpur pada suatu hari.
Kami sedang menyiapkan kajian tentang kesedaran sejarah tanah air.
Untuk itu kami bertemu, berbincang dan berdebat dengan ramai orang. Dari Kuching hingga ke Putrajaya. Banyak yang dapat kami pelajari daripada perbincangan dengan mereka.
Penyelia penyelidikan saya orang warga Palestin yang mempunyai kerakyatan UK. Dalam biliknya terdapat banyak gulungan peta lama.
Antara sebab beliau menyimpan peta itu adalah untuk tujuan rujukan sejarah bagaimana sesebuah wilayah atau kawasan mengalami perubahan sempadan politik.
Peta itu penting
Beliau menyimpan banyak peta Palestin daripada pelbagai sumber.
Palestin itu sendiri adalah negara yang 'kehilangan peta'. Sebuah buku lama milik saya World Atlas Nelson yang diterbitkan sekitar 1920-an melakarkan peta Palestin.
Pada masa itu tiada lagi negara yang bernama Israel.
Namun jika disemak pada Google map sekarang nama Israel itu tertera di carian utama. Inilah pentingnya peta.
Kembali kepada kisah Malaysia. Pada 1831, pelayar Perancis itu telah mengemukakan kepada Société de Géographie tiga istilah iaitu Malaisia, Micronesia dan Melanesia untuk membezakan budaya di pulau-pulau di Polynesia.
Bagi Dumont d'Urville, istilah "Malaisia" merangkumi keseluruhan kawasan Kepulauan Melayu (Nusantara) yang pada hari ini meliputi selatan Thailand, Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Filipina.
Yang menariknya, peta itu tidak memasukkan Semenanjung Tanah Melayu ke dalam Malaisie!
Pelayar itu juga menyebut Ocenia et Malasia. Dumont d'Urville (gambar) mengembara ke selatan dan barat lautan Pasifik, Australia, New Zealand dan Antartika.
Beliau adalah seorang botanis, ahli kartografi yang memberikan beberapa nama tumbuhan, hidupan, tempat dan dia sendiri menamakan sebuah pulau dengan namanya, D'Urville Island.
Istilah "Malaisie" kemudian diinggeriskan menjadi “Malaysia” oleh seorang ahli geografi Amerika, Thomas G Bradford pada 1835.
Peta itu terdapat di David Rumsey Historical Map Collection atas tajuk Further India or Chin India and N.W. Oceanica or Malaysia.
Tidak dapat dipastikan sama ada wujud pertalian perkongsian pengetahuan di antara Bradford dengan Dumont d'Urville.
Terdapat satu peta lakaran Alexander Keith Johnston FRGS (AK Johnston) di dalam buku National Atlas of Historical, Commercial and Political Geography terbitan 1845 yang mencatatkan istilah Malaysia.
Tajuk peta itu adalah South Eastern Peninsula and Malaysia.
Beliau seorang karografi dan ahli geografi yang berasal dari Scotland. Bukunya menghimpunkan peta-peta seluruh dunia yang menjadi rujukan bukan sahaja kepada ahli geografi tetapi turut dimanfaatkan dalam bidang ketenteraan dan politik.
Di dalam peta itu, Kepulauan Melayu merujuk kepada kawasan Sumatra, Tanah Jawa, Tanah Melayu, Pulau Pinang, Singapura, Kemboja, Siam, Burma, Brunei, Timor dan Filipina.
Keluasan kepulauan Melayu dikatakan mencecah 2 juta kilometer persegi dengan lebih daripada 25,000 pulau di dalamnya.
Malaysia juga merujuk kepada kaum Melayu di kepulauan tersebut yang mempunyai kuasa dominan pada ketika itu dan juga menjadi peneroka pertama di Tanah Melayu.
Ini berdasarkan kepada nota di dalam peta tersebut; "....the group (the Malay peninsula and the malay archipelago) has been named Malaysia from the Malays who are the dominant race in the archipelago...." .
Pada 2014, saya menulis sebuah puisi yang bertajuk Warkah Sang Pencinta Dunia dan diterbitkan dalam sebuah antologi puisi yang bertajuk Tanah Tanpa Peta.
Antalogi ini diterbitkan bagi tujuan mendapat dana membantu misi kemanusiaan di negara-negara umat Islam yang bergolak.
Pergolakan politik tidak berhenti setakat persoalan politik semata-mata tetapi ia mencetuskan pergolakan kemanusiaan dan ketamadunan.
Pergolakan politik mengubah garis sempadan politik dan memungkinkan sesebuah negara kehilangan petanya sendiri.
Peta bukan sekadar satu lakaran dan lukisan tetapi ia adalah kekuasaan dan kedaulatan. Sama seperti nama sesebuah daerah atau negara. Nama itu adalah kedaulatan dan kekuasaan.
DR MUHAIMIN SULAM seorang aktivis politik, pensyarah di Universiti Teknologi Petronas dan penulis buku serta esei.

Penduduk gempar Lipis dilanda hujan batu


Penduduk di sekitar bandar Kuala Lipis, gempar apabila hujan air batu melanda kawasan itu kira-kira 20 minit, petang semalam.
Kejadian pukul 6.45 petang itu pada awalnya mengundang panik dalam kalangan orang ramai yang risau kenderaan mereka rosak ditimpa hujan batu sebesar guli.
Hujan air batu bagaimanapun turut menarik perhatian ramai apabila ada yang mengutip serta mengambil gambar ketulan ais itu.
Seorang penduduk Ahmad Nazree Sahbudin, 35, berkata, kejadian tersebut berlaku dengan hujan secara tiba-tiba sebelum dikejutkan dengan iringan bunyi kuat apabila ketulan ais menimpa lebih 10 kereta yang diletakkan berhampiran.
Menurutnya, dia dan rakan-rakannya menjenguk ke luar dan mendapati hujan turun bersama ketulan kecil berwarna putih.
“Memandangkan ini kali pertama melihat hujan air batu, kami teruja untuk mengutip ketulan ais yang bertaburan di atas jalan dan membeleknya dari dekat.
"Kami nampak hujan air batu jatuh melantun-lantun di atas jalan dan sempat melihat fenomena ini selama kira-kira 15 minit," katanya ketika dihubungi Bernama.
Seorang lagi penduduk, Mohd Hishamuddin Aduat, 24, berkata, hujan air batu itu dianggap luar biasa kerana berlaku secara menyeluruh di sekitar bandar berkenaan.
"Memang teruja dapat tengok hujan air batu pertama kali sepanjang umur saya. Ais yang jatuh berbentuk ketulan tetapi ia lembut daripada ketulan air batu biasa... jadi tiada kenderaan rosak disebabkan hujan ini.
Tidak sangka pula selepas dua minggu hujan tidak turun di Kuala Lipis tiba-tiba jadi hujan air batu pula hari ini," katanya.
Fenomena hujan batu terhasil apabila ketulan ais terbentuk dalam awan ribut petir atau awan kumulonimbus, iaitu sumber utama pembentukan hujan ribut petir, disebabkan oleh arus perolakan yang kuat dalam awan berkenaan.
Hujan batu lazimnya berlaku ketika ribut petir kuat dalam ketinggian awan yang melepasi takat beku sehingga mencapai 12,192 meter manakala saiz hujan batu yang terhasil lazimnya adalah antara lima milimeter (mm) atau sebesar biji kacang sehingga 1.5cm iaitu sebesar sebiji guli.
Kejadian hujan batu ini biasanya berlaku setempat iaitu sekitar kawasan yang berada di bawah awan kumulonimbus. Tempoh kejadian juga agak singkat iaitu hanya lebih kurang 20 minit sahaja.
- Bernama

Satelit UiTM kini di orbit


Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini melakar sejarah apabila menjadi institusi pendidikan awam pertama di negara ini yang berjaya melancarkan satelit nano sulungnya ke orbit dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Satelit UiTMSAT-1 itu dilancarkan ke orbit kira-kira 5.45 petang waktu Malaysia dan acara tersebut dipancarkan secara langsung dari Agensi Eksplorasi Angkasa Lepas Jepun (JAXA).
Turut hadir menyaksikan pelancaran itu ialah Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Tinggi Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir, Ketua Unit Pengoperasian Angkasa Agensi Angkasa Negara Hamid Salim dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Kejuruteraan Elektrik UiTM Dr Juliana Johari.
Siti Hamisah ketika ditemui pemberita kemudian berkata pelancaran 'UiTMSAT-1’ itu merupakan satu titik tolak dalam memperkasa penyelidikan berkaitan bidang angkasa di negara ini.
"Projek satelit yang dilancarkan UiTM merupakan satu projek yang sememangnya patut dibanggakan dan universiti lain di negara ini juga digalakkan mengikut jejak langkah UiTM untuk merancakkan lagi bidang kajian angkasa,” katanya.
Satelit itu dilancarkan ke ISS menerusi roket kargo Space X Falcon 9 dari Stesen Tentera Udara Cape Canaveral di Florida, Amerika Syarikat pada 29 Jun lalu.
Satelit nano berbentuk kiub berukuran 10 sentimeter itu dibina oleh dua pelajar UiTM di Jepun iaitu Syazana Basyirah Mohamad Zaki dan Muhammad Hasif Azami hasil jalinan kerjasama dengan Kyushu Institute of Technology (KyuTech) menerusi program ‘Joint Global Multi-Nation (BIRDS-2)’.
Selain mereka, turut mengikuti program berkenaan ialah lapan pelajar lain dari Bhutan dan Filipina yang membina satelit nano bagi negara mereka iaitu BHUTAN-1 dan MAYA-1 (Filipina).
Projek tersebut bermula dengan perancangan misi satelit pada Disember 2016, diikuti dengan mereka bentuk dan membina model satelit, menguji, memasang, sebagai persediaan pelancaran dan menggerakkan satelit berkenaan. Sementara itu, Muhammad Hasif berkata data yang diperoleh daripada satelit itu akan disalurkan ke Pusat Satelit Komunikasi UiTM untuk tujuan penyelidikan.
"Satelit ini mempunyai enam misi antaranya pengambilan imej, menguji korelasi lokasi satelit, ujian cip Sistem Penentu Kedudukan Global, mengukur medan magnetik di angkasa untuk data pemetaan geomagnetik di rantau Asia Tenggara serta komunikasi radio.
"Selepas setengah jam satelit berada di ruang angkasa, kita sudah boleh mengumpul data-data yang diperlukan selaras dengan misi satelit itu," katanya.
- Bernama

Asrama SMA Maahad Al Islah Teluk Intan terbakar

Jeritan dua pelajar menyelamatkan sebahagian pelajar perempuan asrama Sekolah Menengah Agama (SMA) Maahad Al Islah Sungai Lampam di sini, yang terbakar petang semalam.
Bagaimanapun tiada kecederaan dalam kebakaran yang dikesan kira-kira 2.30 petang itu serta difahamkan ketika kejadian, sebahagian pelajar baharu sahaja pulang ke asrama berkenaan kerana sesi pembelajaran sudah berakhir.
Saksi kejadian Nurul Nadiah Ahmad Nazeli, 15 ketika ditemui berkata beliau telah terlihat asap kecil dari tengah blok atas asrama tiga tingkat sebelum memanggil rakannya Nur Fazira Yakaria, 15, yang ketika itu baharu selesai menunaikan solat Zohor di surau asrama itu.
“Masa itu saya baharu sahaja pulang dari menikmati juadah tengah hari di kantin sekolah dan menuju ke surau menunaikan solat Zohor.
Tanpa berlengah saya dan Fazira terus menjerit daripada bawah memanggil rakan-rakan yang sedang beristirehat di tingkat dua supaya turun kerana bahagian atas yang juga bilik belajar kami waktu malam sedang terbakar," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian semalam.
Menurutnya lagi, rakan-rakannya yang mendengar jeritannya itu segera turun menyelamatkan diri sambil memastikan tiada penghuni asrama di tingkat dua ketinggalan.
Sementara itu Pengarah Bomba dan Penyelamat (BBP) negeri Perak Datuk Yahaya Madis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.30 petang dan 30 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Kebakaran melibatkan bangunan asrama di tingkat atas. BBP Teluk Intan telah dibantu BBP Hutan Melintang dan BBP Tapah serta Bomba Sukarela Langkap.
Api dapat dikawal pada pukul 3.27 petang dan kebakaran padam sepenuhnya pada pukul 4 petang,” katanya.
Kata beliau, punca kejadian masih lagi dalam siasatan dan pihaknya dimaklumkan ruangan kebakaran merupakan kelas belajar malam bagi pelajar-pelajar perempuan asrama sekolah itu yang berjumlah 63 orang.
- Bernama

[10 Tahun Ke Masa Depan] Bagaimana Teknologi Akan Mengubah Gaya Hidup Manusia


By Buzz Snoop

Sejak beberapa dekad yang lalu, revolusi digital telah mengubah hampir setiap aspek kehidupan kita.

Perkembangan kemajuan dalam komputer telah mempercepatkan dan hari ini komputer dan rangkaian berada di hampir setiap industri dan rumah di seluruh dunia.

Menurut beberapa penulis teknologi, kemajuan teknologi bergerak ke hadapan pada kadar eksponen, terutama dalam teknologi maklumat.

Ini bermakna alat terbaik hari ini akan membantu kita membina alat yang lebih baik esok, dengan mempercepatkan percepatan ini.

Tetapi otak kita cenderung untuk menjangkakan masa depan secara linear dan bukannya secara eksponen. Jadi, tahun-tahun mendatang akan membawa lebih banyak teknologi yang lebih kuat daripada yang kita bayangkan.

Memandangkan kadar terus mempercepatkan, apakah perubahan yang mengejutkan dan berkuasa? Artikel ini akan menerokai tiga bidang teknologi, sesetengah penulis teknologi percaya teknologi bersedia untuk mengubah dunia kita pada abad ini.


Genetik, Nanoteknologi dan Robotik


Daripada semua teknologi yang mengalami gelombang kemajuan eksponan, beberapa penulis teknologi mengenal pasti genetik, nanoteknologi dan robotik sebagai tiga revolusi yang bertindih yang akan menentukan kehidupan kita dalam beberapa dekad yang akan datang. Dalam cara apakah teknologi ini berevolusi?

Revolusi genetik akan membolehkan kita memprogramkan semula biologi kita sendiri.

Revolusi nanoteknologi akan membolehkan kita memanipulasi perkara pada skala molekul dan atom.

Revolusi robotik akan membolehkan kita mencipta kecerdasan bukan biologi manusia yang lebih besar.

Walaupun genetik, nanoteknologi dan robotik akan meningkat pada masa yang berlainan selama beberapa dekad, kita sudah mengalami ketiga-tiga mereka dalam beberapa kapasiti. Masing-masing berkuasa dalam caranya sendiri, tetapi penumpuan mereka akan lebih. Beberapa penulis telah menulis tentang idea-idea ini dalam Singularity Is Near dalam beberapa dekad lalu.

Mari kita lihat apa yang berlaku dalam setiap domain ini hari ini, dan apa yang kita jangkakan pada masa akan datang.

Revolusi Genetik: 'Persimpangan Maklumat Dan Biologi'

"Dengan memahami proses maklumat yang mendasari kehidupan, kita mula belajar untuk memprogram semula biologi kita untuk mencapai penghapusan penyakit maya, pengembangan potensi manusia yang dramatik dan lanjutan hidup radikal".
-Ray Kurzweil, Singularity Is Near

Kita telah "memprogramkan semula" persekitaran kita selama mana manusia telah berjalan di planet ini. Sekarang kita telah mendapat pengetahuan yang mencukupi tentang bagaimana tubuh kita berfungsi yang mana kita boleh mula menangani penyakit dan penuaan pada akar genetik dan selular.


Bioteknologi Hari Ini

Kita telah menjangkakan kuasa kejuruteraan genetik untuk masa yang lama. Pada tahun 1975, Persidangan Asilomar membahaskan etika kejuruteraan genetik dan sejak itu, kota telah melihat kemajuan yang luar biasa dalam kedua-dua makmal dan dalam amalan-genetik tanaman yang diubahsuai, sebagai contoh, telah tersebar luas (walaupun menjadi kontroversi).

Sejak Human Genome Project selesai pada tahun 2003, langkah besar telah dibuat dalam membaca, menulis dan menggodam DNA kita sendiri.

Sekarang, kita telah memprogramkan semula kod hidup daripada bakteria kepada para-beagel dan tidak lama lagi, mungkin, pada manusia. 'Bagaimana', 'bila', dan 'mengapa' kejuruteraan genetik masih dibahaskan, tetapi kadarnya semakin cepat.

Inovasi utama dalam bioteknologi sepanjang dekad yang lalu termasuk:

  • Induced Pluripotent Dtem Cells (iPSC)
  • Human Genome Editing (CRISPR)
  • 3D Bioprinting
  • $1,000 Genome
  • Lab Grown Tissues
  • DNA Storage
  • Rise of Citizen Biohackers
Banyak cabaran masih perlu diatasi sebelum teknologi baru ini digunakan secara meluas pada manusia, tetapi kemungkinan yang luar biasa. Dan kita hanya boleh menganggap kelajuan kemajuan akan terus dipercepatkan. Satu keputusan yang mengejutkan? Beberapa penulis teknologi mencadangkan bahawa kebanyakkan penyakit akan dapat disembuhkan dan proses penuaan akan dapat diperlambatkan atau mungkin dibalikkan dalam dekad yang akan datang.

Revolusi Nanoteknologi: 'Persimpangan maklumat dan Dunia Fizikal'

“NANOTECHNOLOGY HAS GIVEN US THE TOOLS…TO PLAY WITH THE ULTIMATE TOY BOX OF NATURE ATOMS AND MOLECULES. EVERYTHING IS MADE FROM IT…THE POSSIBILITIES TO CREATE NEW THINGS APPEAR ENDLESS.”
– NOBELIST HORST STÖRMER, THE SINGULARITY IS NEAR

Ramai orang menyamakan penciptaan conceptual nanotech kepada ucapan Richard Feynman 1959, "There's Plenty of Room at the Bottom," dimana Feynman menerangkan "implikasi yang mendalam mesin kejuruteraan di peringkat atom." Tetapi ianya hanya bila mikroskop pengimbas terowong dicipta pada tahun 1981 apabila industri nanoteknologi bermula dengan pesat.

Sesetengah penulis teknologi berpendapat bahawa tidak kira betapa berjayanya kita mengamalkan biologi berasaskan DNA kita, ia tidak akan sesuai dengan kita dari segi kejuruteraan dengan memanipulasi perkara diperingkat molekul dan atom.

Nanoteknologi, beberapa penulis teknologi mengatakan, akan membolehkan kita mengubah reka bentuk dan membina semula "molekul oleh molekul, badan dan otak kita dan dunia dimana kita hidup."


Nanoteknologi Hari Ini

Walaupun kita sudah dapat melihat bukti 'revolusi genetik' dalam berita dan dalam kehidupan seharian kita, bagi kebanyakkan orang, nanoteknologi mungkin masih kelihatan seperti bahan fiksyen sains. Walau bagaimanapun, anda mungkin sudah menggunakan beberapa produk setiap hari yang telah mendapat manfaat daripada penyelidikan nanoteknologi. Ini termasuk pelindung matahari, pakaian, cat, kereta dan banyak lagi. Dan sudah tentu revolusi digital akan berterusan menerima kaedah baru yang membolehkan kita membuat cip dengan ciri nanoscale.

Di sampaing sudah mempunyai aplikasi praktikal hari ini, terdapat banyak penyelidikan dan pengujian yang dilakukan ke dalam nanoteknologi (jika masih dalam eksperimen) nanoteknologi adalah seperti:

  • Smart Contact Lenses
  • Tiny 3D Printed Batteries
  • Cancer-killing nanoparticles
  • DNA-based Computing


Walaupun kita terus menambah baik dalam memanipulasi beberapa perkarabpada nanoscale, kita masih jauh dari nanobot atau nano pemasangan yang akan membina dan membaiki atom oleh atom.

Seperti yang dikatakan Feynman, prinsip-prinsip fizik tidak bercakap terhadap masa depan. Dan kita hanya perlu melihat kepada biologi kita sendiri untuk melihat model kerja dalam kerumitan nano-jentera kehidupan.

Revolusi Robotik: 'Building Strong Artificial Intelligence'

"Memang sukar untuk memikirkan apa-apa masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh superintelligence sama sekali atau sekurang-kurangnya membantu kita menyelesaikannya.penyakit, kemiskinan, pemusnahan alam sekitar, penderitaan dari semua segi: ini adalah perkara yang superintelligence dilengkapi dengan nanoteknologi maju yang mampu mencegah."
-Ray Kurzweil, The Singularity Is Near

Nama revolusi ini mungkin sedikit mengelirukan. Beberapa penulis mengatakan robotik adalah kepintaran buatan, tetapi kecerdasan itu sendiri yang paling penting. Semasa mengakui risiko, beliau berpendapat revolusi AI adalah tranformasi manusia yang paling mendalam dalam sejarah.

Ini adalah kerana revolusi ini dicirikan dapat meniru kemampuan manusia: "sifat paling penting dan berkuasa dalam peradaban manusia."

Kita sudah berada didalam era "narrow AI", yang merupakan mesi  yang telah diprogramkan untuk melakukan sesuatu atau beberapa tugas tertentu, tetapi itu hanya teaser dari apa yang akan datang.

AI yang kuat akan menjadi serba boleh sebagai manusia apabila menyelesaikan masalah. Dan menurut Kurzweil, AI yang dapat berfungsi pada tahap kecerdasan manusia akan dapat mengalahkan manusia kerana beberapa aspek yang unik untuk mesin:

"Mesin boleh mengumpulkan sumber dengan cara yang tidak dapat dilakukan manusia."
"Mesin mempunyai ingatan yang kuat serta tepat."
Mesin "boleh melakukan dengan konsisten pada tahap kemuncak dan boleh menggabungkan kemahiran kemuncak."
Artificial Intelligence Today
Kebanyakkan dari kita menggunakan beberapa bentuk narrow AI secara asas, seperti Siri dan Google Now dan peningkatan, Watson. Bentuk lain narrow AI termasuk program seperti:

Perisian suara dan pengecaman imej.
Perisian pengecaman corak untuk senjata autonomi.
Program yang digunakan untuk mengesan penipuan dalam transaksi kewangan.
Kaedah pembelajaran statistik berasaskan AI Google digunakan untuk paringkat pautan.
Langkah seterusnya ke arah AI yang kuat akan menjadi mesin yang belajar dengan sendirinya, tanpa diprogramkan atau diberi maklumat oleh manusia.
Ini dipanggil 'pembelajaran mendalam', satu mod pembelajaran mesin yang kuat, yang kini mengalami lonjakan penyelidikan dan aplikasi.


Kenapa Ini Sangat Penting?


Beberapa penulis teknologi mengatakan genetik, nanoteknologi dan robotik bertindih revolusi kerana kita akan terus mengalaminya secara serentak kerana kematangan teknologi tersebut.

Teknologi ini dan yang lainnya akan berkumpul satu sama lain dan akan memberi kesan kepada kehidupan kita dengan cara yang sukar diramal dan beberapa penulis teknologi memberi amaran setiap teknologi akan mempunyai keupayaan untuk melakukan kebaikan atau keburukan. Sejauh mana kita mampu memanfaatkan kuasa mereka untuk memperbaiki kehidupan adalah bergantung kepada tindak tanduk dan tindakan yang kita ambil hari ini.

"GNR akan menyediakan cara untuk mengatasi masalah-masalah lama seperti penyakit dan kemiskinan, tetapi ia juga akan memberi ideologi yang merosakkan", kata beberapa penulis teknologi. "Kita tiada pilihan tetapi untuk memperkuatkan pertahanan kita ketika kita menerapkan kecepatan teknologi ini untuk menerapkan nilai kemanusiaan kita. Walaupun kekurangan persetujuan keatas nilai tersebut."

Semakin kita menjangkakan dan membahaskan ketiga-tiga revolusi teknologi yang berkuasa ini, kita akan mendapat semakin banyak petunjuk dari perkembangan meraka sama ada kearah yang lebih baik dari bahaya atau masa depan.

PERISTIWA TERPENTING KERUNTUHAN DAULAH ISLAM YANG TERAKHIR


Peta di atas menunjukkan gambar wilayah Daulah Othmaniah Turki di kemunncak kegemilangannya.  Othmaniah Turki menguasai negara negara  Eropah Timur sehingga menghampir benteng  Vienna.
Ini Termasuk Bulgaria, Greece, Albania, Bosnia Herzegovina,Crotia, Serbia, Slovenia, Macedonia, Albania, Romania, Bulgaria, Laut Hitam sepenuhnya, LautAdriatik, Laut Mediterranean, Sebahagian Afrika Utara iaitu Mesir,Libya, Tunisia dan Algeria.
Begitu juga Mekah, Madinah, Basrah dan beberapa kawasan di Teluk Parsi. Pada abad ke 14, 15,16,17 dan 18 Turki Othmaniah menjadi kuasa dunia. Empayarnya mula tercabar dengan kenaikan kuasa kuasa Barat iaitu Inggferis, Perancis, Belanda, Sepanyol dan Portugis.

Pada 3 Mac 1926, kira 90 tahun yang lampau berakhirlah kekuasaan DAULAH OTHMANIAH TURKI. Kekuasaannya ditamatkan oleh pemerintahan sekular Turki pada ketika itu MUSTAPA KAMAL FASHA. Sultan Turki yang terakhir diminta meninggalkan bumi Turki untuk tinggal dalam buangan di Perancis.

Mustafa Kamal Ataturk
Presiden Sekular Turki

Sultan terakhir Abdul Majid 2 
Mustafa Kamal Ataturk Presiden Sekular Turki 
Punca kejatuhan apabila Turki kalah dalam Perang Dunia Pertama 1914-1918. Wilayah wilayah kekuasaannya dirampas dan diratah oleh Britain, Perancis, Itali, Sepanyol dan Rusia. Mengapa Turki kalah? Turki kalah akibat pengkhianatan raja-raja Arab. Mereka membantu Britain melawan Turki. Mereka sanggup bersekongkol dengan kekuasaan Kristian Barat yang diketuai Britain dan Zionis International yang mahukan Palestin  untuk menjatuhkan Daulah Islam Turki. Mengapa ?



IBN SAUD DENGAN BANTUAN BRITAIN
BERJAYA MENGALAHKAN SHARIFF HUSSEIN
RAJA HEJAZ, BELIAU DIHALAU KELUAR
UNTUK BERPINDAH KE JORDAN,
WILAYAH KONTANG TANPA HASIL MINYAK PADA 1925 
TEMPOH INI SAMA DENGAN PENGUSIRAN
KHALIFAH TURKI TERAKHIR
SULTAN ABDUL HAMID II DARI ISTANBUL.

Shariff Hussein Raja Mekah percaya kepada janji janji Britain untuk melantiknya menjadi khalifah Islam menggantikan Turki Othmaniah dengan syarat menghalau keluar Turki dari Jazirah Arab. Sebelumnya Britain menderita kekalahan teruk dalam peperangan   melawan Turki dalam  GALOPOLI WAR. Britain ubah strategi dengan menghasut umat Islam melawan dan menghalau Turki daripada bumi Islam kerana hendakkan kononnya pembebasan daripada penjajahan Turki. Akhirnya mereka berpecah belah menjadi negera negara kecil yang berantakan sesama sendiri seperti pada hari ini.

PENGKHIANATAN DUNIA ARAB KE ATAS TURKI SANGGUP MEROBOHKAN JALAN KERETAPI YANG TURKI BINA UNTUK MEMBAWA JEMAAH HAJI DARI TURKI KE MADINAH


SULTAN ABDUL HAMID (1848-1909) antara khalifah terakhir sebelum disingkirkan membuat banyak perbaikan untuk memulihkan daulah Islamiah Turki. Beliau membina jalan keretapi dengan menggunakan teknologi Jerman. Beliau berdoa pertolongan Allah, membantunya menghadapi cabaran yang sangat sukar:

                        My lord I know you are the Dear One (Al-Aziz)

… and no one but you is the Dear One
You are the One, and noting else
My God take my hand in these hard times
My God be my helper in this critical hour

Malangnya usahanya dikhianati oleh bangsa Arab yang sangat terpengaruh dengan assabiah dan kebangsaan Arab yang meluap luap yang ditiupkan oleh agen perisikan Inggeris yang menyeludup ke Riyadh, menyamar dengan pakaian dan budaya Arab.








-Belajarlah dari bangsa terdahulu agar kita tidak hancur seperti mereka akibat daripada nipisnya iman kerana ketamakan kuasa dan harta. Kembali kepada fitrah. Tepuk dada tanya iman. Wallahualam.

PENGHUNI FLAT & MINDA DUNIA KELAS KE 3


Kehidupan di rumah flat kadang kala memberi kita pelbagai pengajaran dan dugaan, hidup berjiran ada kala memberi kita erti persaudaraan juga mengajar kita bertolak ansur sesama kita,

Hidup berbilang kaum di rumah flat adakala memberi keceriaan lebih lagi bila tiba perayaan atau sesuatu majlis yang dianjurkan oleh pihak jkk blok.

Namun dalam keceriaan hidup di rumah flat, ada juga pelbagai masalah yang sering timbul. Kejiranan datang dari pelbagai latar belakang tidak semua jiran mempunyai minda yang kedepan dan terdidik, ada juga yang mempunyai minda dunia kelas ke 3.


Berikut adalah antara minda dunia kelas ke 3:

1. Buang air kecil di tangga.

Masalah buang air kecil di tangga sering terjadi apabila hidup di rumah flat, seperti menjadi kebiasaan kepada mereka yang mindanya seperti minda dunia kelas ke 3.


Tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa, seperti menjadi kebiasaan kepada mereka apabila membuang air kecil di tangga. Terdapat juga mereka yang apabila mabuk dan membuang air kecil di tangga.




2. Membuang sampah di tangga.

Masalah membuang sampah di tangga juga menjadi perkara biasa di lihat bagi penghuni rumah flat. Malas, itu adalah perkataan yang paling sesuai untuk mereka yang membuang sampah di tangga.

Mereka meletakkan tanggungjawab membuang sampah ini kepada pekerja pembersih 100%. Amatlah mundur minda seperti ini.


Sekecil sampah sehinggalah sampah yang besar, seringkali terlihat di tangga. Tong sampah yang disediakan tidaklah sejauh 1 kilometer untuk mereka membuangnya, tetapi sikap malas telah sebati dalam diri mereka.

Mungkin juga mereka malu di lihat oleh kenalan apabila mereka membawa sampah untuk di buang. Sikap ini bukan sahaja ada pada kanak-kanak tetapi juga ada pada mereka yang dewasa.




3. Masalah haiwan perliharaan.

Haiwan perliharaan juga menjadi masalah kepada kejiranan rumah flat. Mereka memelihara haiwan kesayangan mereka dari kecil tetapi apabila besar, mereka melepaskan haiwan perliharaan tanpa penjagaan rapi.

Lalu haiwan perliharaan mereka mula mengganggu kejiranan, terdapat juga jiran yang alah kepada bulu haiwan yang tidak suka dengan kehadiran haiwan ini.

Apabila tiada penjagaan rapi dari tuan empunya haiwan tersebut, haiwan-haiwan ini mula membuang air kecil serta besar di merta tempat.


Tahi haiwan-haiwan ini juga boleh didapati di tangga-tangga rumah flat akibat dari tiadanya perhatian serta penjagaan rapi dari tuan mereka.

Bau busuk sudah pasti akan menyelubungi setiap sudut dan mengganggu keselesaan penghuni rumah flat untuk menuruni tangga.


Kita tidak boleh meletakkan kesalahan 100% kepada haiwan tersebut kerana kita tahu haiwan mempunyai otak tetapi tidak mempunyai akal fikiran seperti kita manusia.

Kesalahan ini perlu diletakkan kepada tuan empunya haiwan perliharaan tersebut kerana membela lalu membiarkan serta tidak menghiraukan haiwan perliharaan mereka apabila haiwan tersebut sudah besar.


Demikian adalah beberapa masalah yang di hadapi oleh mereka yang tinggal di rumah flat.

Diharap tiada di antara pembaca mempunyai sikap dunia kelas ke 3 seperti di atas. Didik dan asuhlah keluarga kita agar mengamalkan sikap bertanggungjawab serta menjaga kebersihan.

5 TEKNOLOGI CANGGIH YANG DIJANGKA HADIR PADA TAHUN 2018


Pernahkah anda merasakan jika kita hidup dalam masa yang teknologi itu benar-benar canggih? Ya sudah tentu. Walau bagaimanapun, adakah anda tahu bahawa teknologi akan terus berkembang.

Seolah-olah tidak berkesudahan, ternyata teknologi baru terus muncul. Termasuk pada tahun ini 2018. Ingin tahu apa-apa? Berikut adalah 5 teknologi yang diramalkan akan hadir pada tahun 2018!


Makin Canggih! 5 Teknologi Canggih Yang Akan Hadir Pada 2018!


1.The Hologram Phone


Beberapa ketika dahulu, pengilangan kamera gred premium, RED, mengumumkan tengah-tengah bekerja pada produk baru dalam bentuk telefon pintar bernama Hidrogen Satu. Tidak seperti kebanyakan telefon pintar, telefon ini mempunyai ciri skrin hologram yang sangat menggoda.

Hidrogen One mempunyai saiz yang lebih besar daripada iPhone 7 Plus dan OnePlus 5. Bahagian belakang telefon mempunyai kamera dua lensa di bahagian atas dan pin aksesori modular di bahagian bawah. Sementara itu, sebelah Hidrogen Satu kelihatan beralur untuk menyesuaikan cengkaman tangan pengguna. Di satu pihak terdapat butang kuasa yang juga berfungsi sebagai sensor cap jari, dan kunci khusus untuk rakaman video.

Sedangkan sisi lain, terdapat butang kelantangan. Hidrogen One mempunyai skrin 5.7 inci dengan bezel anggun. Dan terdapat juga pembesar suara yang menghiasi bahagian atas dan bawah skrin. Telefon ini dilengkapi dengan port USB-C dan bicu audio di bahagian bawah peranti.
Beberapa isu dan bocor dari forum internet, telefon pintar yang tinggal digadang ini akan dibebaskan pada musim panas 2018, Sila bersabar ya.

2. Augmented Reality


Augmented Reality adalah teknologi yang menggabungkan ruang siber dan dunia nyata. Teknologi ini akan dibangunkan lebih lanjut oleh gergasi Amerika Syarikat Inc yang dilaporkan akan melepaskan peranti yang menggunakan teknologi realiti bertambah yang dipanggil ARkit.

VP Pemasaran Apple Greg Joswiak menganggap realiti tambahan sebagai perkara yang besar. "Ini adalah perkara yang anda mahu lakukan, mencampurkan dunia digital ke dunia sebenar," kata Joswiak.

Menurutnya, banyak kemajuan yang dapat diperoleh melalui ARKit, baik dari segi belanja, hiburan, hingga yang tidak dapat difikirkan.


3. Voice Assistant


Penolong suara sering disebut pembantu suara adalah teknologi yang tidak baru lagi. Pembantu suara telah wujud sejak tahun 2015, diperkenalkan pertama kali oleh Google Inc. dan digunakan pada sistem Android.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2018 teknologi ini mendapat perkembangan yang sangat penting. Pernah menonton filem Iron Man? Mesti tahu pembantu maya bernama Jarvis yang seolah-olah dapat memenuhi semua tuannya. Sekarang pembantu suara sedang dibangunkan, seperti menambah ciri pengiktirafan suara, keupayaan untuk berhubung dengan sistem pangsapuri, jadual peringatan, dan banyak lagi.

Sekarang terdapat banyak alat pembantu suara, mulai dari Google Assistant, Siri dari Apple, atau Alexa dari Amazon yang bersaing untuk mencapai bahagian atas pasaran global.

4. Flying Car


Pada masa lalu kita hanya dapat melihat kereta yang terbang di beberapa filem dan kartun filem mengenai kehidupan masa depan. Kadang-kadang terdapat juga iklan tentang kereta terbang, tetapi hanya bentuk konsep dan fantasi yang tidak dapat direalisasikan dalam waktu dekat. Walau bagaimanapun, tidak perlu menunggu terlalu lama, impian untuk melihat kereta yang terbang masuk dan keluar dari dunia nyata akan menjadi kenyataan.

Beberapa maklumat berkata hari ini banyak syarikat di dunia yang mempelopori pembangunan dan pengeluaran kereta terbang. Malah syarikat penerbangan Amerika seperti Airbus, yang telah terbang selama beberapa dekad, dan syarikat teksi dalam talian Uber juga dikhabarkan telah mencuri permulaan untuk membawa kereta terbang. Mudah-mudahan dapat direalisasikan tidak lama lagi ya, sehingga jalan-jalan tidak sesak lagi.

5. Artificial Intelligence


Kecerdasan buatan adalah asas dari semua teknologi masa kini. Perisikan atau AI (Kecerdasan Artificial) telah wujud sejak bahasa pengaturcaraan telah dibangunkan. Walau bagaimanapun, ia digunakan untuk mengambil arahan untuk melaksanakan tugas dengan pelbagai cara.

Pada tahun 2018 sekarang, pembangunan AI begitu cepat, yang dahulunya hanya digunakan dalam permainan atau enjin carian, kini telah digunakan untuk telefon pintar. Jadi, seolah-olah kita mempunyai pembantu peribadi. Terdapat juga penerapan AI dalam sistem apartmen yang dapat menguruskan keperluan rumah tangga kami, bahkan ada YouTuber AI, hebat bukan!

Harus diingat bahawa AI ini boleh mengancam kewujudan manusia itu sendiri. Bagi AI akan terus berkembang di samping peranan manusia yang akan menjejaskan kemerosotan pekerjaan. Bukankah menakutkan?

Nah, itulah gambaran beberapa teknologi yang diramalkan hadir pada tahun 2018. Apa yang anda tunggu?